Himpunan Doa Harian-#1 (Tolak Sihir dan Santau)

by - 8:27 AM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahiim...ifa mula kan perkongsian ini dengan penuh rasa rendah hati...Allahu Ahkhbar...Di bawah nie adalah senarai doa-doa penolak sihir atau santau...so..
jom lah ambik pensil ngan nota.. salin nie..hahah.....


1.DOA MENGUSIR JIN DARI RUMAH

Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali doa ini di dalam rumah yang anda terasa ada gangguan jin dan syaitan.
Terjemahannya:
Wahai Ifrit (Golongan Jin) aku peringatkan kepada kamu dengan sumpah yang dibuat oleh Nabi Sulaiman kamu keluar dan nyah dari rumah aku dan aku peringatkan juga kepada kamu jangan sesekali kamu menyakiti ahli rumah ini.



2.DOA SELAMAT DARI GANGGUAN MANUSIA, JIN DAN IBLIS.
inna rabbee AAala kullishay-in hafeeth

Maknanya:
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu.

in Sha Allah dengan izinNya dengan mengamalkan ayat dari penghujung surah Hud ayat 57 dapat memelihara kita sebaik-baiknya.



3.DOA BENTENG SANTAU/SANTAU ANGIN/SANTAU TUJU

Doa yang baik diamalkan sebelum keluar rumah, berada di restoran makanan ditempat yang disyaki pernah banyak berlaku kes-kes santau terutama di hentian rehat.

Mulakan dengan selawat 3x, baca Bismillah dan bacalah doa ini dan insha Allah dipeliharaNya dengan sebaik-baikNya.

Waqadimna ila maAAamiloo min AAamalin fajaAAalnahu habaan manthoora

Terjemahannya:
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.




4.DOA SUPAYA TIDAK DIIKUT OLEH HANTU SYAITAN KETIKA BALIK MALAM SELEPAS HABIS KERJA-BALIK DARI KUBUR/BALIK DARI HOSPITAL.

jika kaki anda kotor, basuh dahulu. Kemudian bacalah 3 Qul dan diikuti dengan doa ini. Iaitu doa melepaskan diri dari diikut oleh hantu syaitan yang dilaknat. Jika tidak dibaca, ia akan sentiasa berdamping dengan anda kemana sahaja anda pergi kecuali anda berada dalam masjid atau ketika hendak solat.

In kullu nafsin lamma AAalayha hafith

Maksudnya:
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya).



5.DOA ELAK SIHIR TAFRIQ (PEMISAH SUAMI ISTERI).

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:


"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)


Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.

Ayat Doa 1.


Maksudnya:
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)



Ayat Doa 2.


Maksudnya:
Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58)



Ayat Doa 3.


Maksudnya:
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).


Yakinlah segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT. Bukan bomoh atau syaitan yang berkuasa menentukan sihir ini. Perbuatan yang baik diminta, syurga balasannya. Perbuatan yang jahat dipohon, neraka tempatnya.



6.DOA PENAWAR SIHIR DARI JAUH KEPADA AHLI KELUARGA YANG DISIHIRKAN.

Dimulakan bacaan sebaiknya dengan Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan surah-surah berikut dibawah.


DOA (1)

Maksudnya:
"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan."



DOA (2)

Maksudnya:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."



Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua... InsyaAllah...so...lepas nie ifa kongsi kan sekali doa-doa yang lain ya..

tak lupa credit kepada ResepiRahsiaku

.Assalamualaikum wbt semua...

SUBHANALLAH ....WALHAMDULILLAH..WALA ILLAHA ILALLAH..ALLAHU AKHBAR..
ASTAGHFIRULLAHALADZIIM..




You May Also Like

2 commest[s]

  1. Assalamualaikum boleh bagitau doa nombor 1 tu dari surah dan ayat apa dalam al Quran?

    ReplyDelete
  2. MOHON BANTU RAKYAT MSIA
    Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu beramai-ramai tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Pasir Mas Kelntn. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete