Dear Muslimah #1 [ Luahan si budak STPM ]

by - 12:57 PM

Assalamualaikum wbt..


hari ni iffah maw kongsi apa yang iffah rasa dan tau dengan satu perkataan..that is... "MUSLIMAH"
ada orang cakap muslimah tu yang cantik...yang ayu...yang di puji2 di laman sosial...
salah...salah... cantik luaran tidak menjamin cantik dalaman nya.

Dear Muslimah,
bersyukurlah kamu kerana dilahirkan sebagai seorang insan yang bergelar wanita... Besar tanggungjawabnya.. dan jangan merungut...
jika bijak menjaga diri..besar ganjaran nya...
dear muslimah tanggungjawab mu itu begitu luas.. dari sekecil semut api hingga sebesar gajah... dari kamu mengenal dunia..hingga kamu meninggalkan dunia..

kw bawa satu perwatakan muslimah yang mendefinisikan beberapa penerapan... AURAT MU...AKHLAK MU.. IKHTILAT MU..MASA MU..HIDUP MU...yang sentiasa dipenuhi dengan tanggungjawab...

besarnya tanggungjawab mu bila kau mengambil keputusan untuk mengenakan pakaian yang longgar..besar..dan labuh..
kau berpanas di dunia dan kau bersejuk di akhirat.. tudung yang merimaskan itu lah yang melindungi
mu di akhirat nanti...
kau pakailah dengan satu nawaitu...LILLAHI TAALA..
jaga dirimu..jangan mudah ditipu...

BILA MUSLIMAH DI TIPU..??

saat kemodenan di hujung jari...saat kecanggihan berdiri mnemani..saat teknologi di depan mata....
saat wanita muslimah menjaga ikhtilat nya dengan lelaki ajnabi di luar...
NAMUN...
masih berfoya di laman-laman sosial dengan alasan
"mereka tak mengenali aku siapa....mereka tak melihat wajahku..."..
aplikasi-aplikasi ini dijadikan satu medium untuk kamu memPROMOSIkan diri kamu dengan title MUSLIMAH....

tidak dapat dinafikan bahawa segelintir wanita meng-UPLOAD gmbar di laman sosial dengan berkata dalam hati.
"AKU BERTUDUNG LABUH DAN MEREKA MESTI AKAN MEMUJI KU"
Tambahan...jika terjumpa hamba Allah yang bergelar Ustaz, pelajar tahfiz, atau anak-anak keluaran madrasah..
"subhanallah..masyaallah..indah nya ciptaan Allah SWT"
Jaga lah hati mu wahai muslimah...

SEDAR DIRI...

kerana pujian itu kamu jadi riak.. kerana pujian itu kamu taksub dengan kecantikan yang Allah berikan kepada kamu... PLUS kalau kamu memang sudah menjadi rebutan lelaki di luar sana... besar dugaan..
ingatlah.. PUJIAN itu UJIAN..

Bersambung......




You May Also Like

0 commest[s]