Duhai Wanita [part 1: Aurat] - NORTAQIFA ABD SHAIDI

by - 11:58 PM

Allahu Akhbar..
berat mata memandang...berat lagi bahu memikul..
ini bukan satu cerita semata-mata..tapi juga merupakan  peringatan kepada diri saya sendiri serta semua yang membaca post kali ini... In Shaa Allah..
sudah menjadi Tanggungjawab untuk saling menasihati antara satu sama lain.

Assalamualaikum..

Hari ini saya akan utara kan satu tajuk besar yang menjadi perbincangan muslimah masa ini...iaitu
Aurat ,Tabarruj dan fesyen.
Sejujurnya memang saya masih belum layak untuk bercakap soal ini.. tapi In Shaa Allah, saya cuba sampaikan yang terbaik untuk semua..semoga bermanfaat.

Aurat wanita mempunyai batasan...berikut merupakan batasan aurat wanita

1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
3. Aurat di hadapan mahram
4. Aurat di hadapan wanita lain

Namun, apa yang akan saya tekankan pada hari ini ialah Aurat wanita di hadapan lelaki Ajnabi..!
Wanita muslim bukan semuanya bertudung..
wanita bertudung bukan semua nya menutup aurat..
wanita yang menutup auratnya bukan semuanya menutup dengan sempurna...
betul..??
Saya tidak cakap yang saya ini sudah sempurna dalam menutup aurat...sejujurnya, saya pun masih merangkak dalam berhijrah... saya pun masi mencari cara yang terbaik dalam diri, sakaligus mengajak sahabat semua untuk sama-sama bermuhasabah diri..

memang berhijrah bukan sesuatu yang senang, sebab selepas berhijrah, kita akan mendapat banyak respon negatif daripada yang positif..
Bab tudung labuh, semua gelar saya ustazah.. Allahu Akhbar...
saya bukan ustazah..tapi sudah kewajipan wanita untuk melabuhkan tudung nya bersesuaian dengan firman Allah dalm surah An Nur yang bermaksud:

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " 

Memang pada awalnya, ramai yang tidak dapat menerima keputusan saya untuk bertudung labuh... memang terdengar suara-suara sumbang di belakang yang berkata tentang diri ini..
Tapi Alhamdulillah, dengan sokongan keluarga ...
semua kata-kata negatif terasa macam tiada makna....

Berbalik kepada Aurat....
Trend terkini, membalut Aurat.....
tidak kah mereka malu kerana mereka cuma membalut aurat sahaja ..
tidak kah mereka malu saat mereka tidak melabuhkan tudung mereka..??

Allah SWT pernah berfirman, mafhumnya,

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).


Firman Allah tersebut JELAS melarang wanita untuk mempamerkan sebarang perhiasan di tubuhnya...plus..“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil ini cukup KUKUH untuk memperkatakan bahawa wanita WAJIB menutup aurat di hadapan kaum lelaki ajnabi...dan ingat lah bahawa bentuk badan wanita pun merupakan aurat...
Adapun di sebut dalam ayat tadi tentang 'kecuali yang zahir darinya', bermaksut kecuali yang terpaksa diperlihatkan dan yang tidak wajib ditutup iaitu kedua telapak tangan serta mukanya.
Dan ini bermakna, selain daripada muka serta telapak tangan, semmuanya aurat dan wajib ditutup.
Kaki.??
Kaki juga wajib ditutup...pakai lah stokin sebaik-baiknya yang berwarna hitam...
lengan..???
lengan pun aurat ya wahai sahabat...pakai baju kurung, cantik sudah tapi terselak lengan baju, nampak pula lengan...pakai lah hand-cover tu...



Cuba kita renungkan,
Di Syiria, wanita dan gadis tidur dengan tudung...dengan alasan, kalau mereka terkorban masa tu, aurat mereka masih terpelihara...Allahu Akhbar..
Ada gadis yang mati di bunuh sebab tidak mahu melepaskan tudungnya..
Sayang nya mereka dengan aurat mereka...
Tapi kita..??
dengan sewenang-wenangnya mempamerkan segala--galanya kepada umum...
saya ulang UMUM...
Kenapa kita dedahkan aurat..??
adakah untuk mendapat pujian daripada orang lain..??atau mau glemerrr..??
Cukup..
cukup sudah kita mengaajak sekalian manusia ke arah yang salah...cukup sudah kita menarik lelaki yang kita cintai ke neraka.. wallahualam'...
Cukup sudah kita menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat kini yang gemar dengan perbuatan ghibah...
....


Oleh itu,
marilah kita sama-sama memperbaiki kesalahan dan kekurangan dalam menutup aurat.
Sesungguhnya Allah menjadikan rasa malu sebagai mahkota kemuliaan seorang muslimah.
Tutuplah auratmu selagi mampu sebelum auratmu ditutup oleh  kain kafan
WE CARE, WE SHARE, LETS COVER THE AURAT !!
SYAR’I MORE THAN JUST MODE, IT’S OUR RESPONBILITY TO ALLAH.




You May Also Like

4 commest[s]

  1. nice post, reminder buat para muslimah trmasuk aku :)

    ReplyDelete
  2. Yolanda...iya..Alhamdulillah kalau baik..jadinya juga nanti baik..In Shaa Allah .. :)

    ReplyDelete
  3. Aurat wanita sangat penting . Selalu yang pakai tudung tapi tak lepasi bahagian dada, ada yg pakai tudung tapi berbaju lengan pendek . Nampak jugak auratnya disitu

    ReplyDelete
  4. nape org solat tiap hari masih boleh maksiat? tiap hari igt tuhan belakang manusia bole pi zina? die tak takut ke cane?

    ReplyDelete