NORTAQIFA ABD SHAIDI NORTAQIFA ABD SHAIDI: Aku Bukan Ustazah- La Tahzan.Innallaha Ma'anna

Thursday, February 8, 2018

Aku Bukan Ustazah- La Tahzan.Innallaha Ma'anna

ASSALAMUALAIKUMHijrah..
Satu perkataan yang sangat-sangat simple tapi membawa pelbagai maksud samada maksud yang sekecil-kecil semut atau maksud yang sebesar-besar alam.
Maksud yang kita tidak pernah fikir dalam kotak minda kita..
maksud yan g selalu tersalah tafsir...
Namun yakin nya aku di sini tentang perkataan HIJRAH itu sendiri.

Hasil carian imej untuk sad muslimah cartoon

Labuhnya tudung aku bukan satu pengukur untuk orang membeza-bezakan aku dengan orang lain... Panjang nya tudung aku sekarang bukan satu medium yang boleh kamu jadikan sebagai penanda kebahagiaan seolah-olah aku ini tidak pernah menangis.

Aku sama seperti manusia-manusia zaman sekarang..cuma penampilan kita saja yang berbeza. Aku tidak pernah mengaku diri semulia Sayidatina Sitti Khadijah... Aku tidak pernah mengungkap perkataan untuk membahasakan diri aku sebagai seorang yang sempurna.. sebab aku masih sama macam kamu semua.
Aku cuma seorang gadis yang bermimpi untuk menjadi bidadari di dunia...
Aku pernah menangis... Aku pernah rasa apa itu sakit... Aku pernah kecewa...
Aku pernah gembira.... Kadang-kadang orang tanya aku, di mana letaknya kewarakan diriku sebagai seorang yang bertudung labuh... yang membawa perwatakan seperti ustazah...
Kadang-kadang bila aku buat perkara yang betul.. diorang akan persoalkan semua apa yang aku buat...
Kadang-kadang, bila aku salah.. diorang akan pandang aku seolah-olah aku ni hina.
Seolah-olah tidak pernah menerima kelemahan ku...

Terima Kasih kepada semua sahabat yang mampu menerima diri ini ketika diri masih jahil... Terima kasih kepada sahabat yang mengenali diri ini sebagai seorang yang berhijrah dan masih berkawan dengan diri ini...
Kepada yang baru mengenali diri ini, baiknya zahir ku, terukirnya senyuman ku, bukan bermakna aku sempurna.. Tapi aku mencuba untuk memperbaiki diri.


Aku seorang yang selalu melakukan kesilapan... aku seorang pendosa tanpa noktah..
Ketahuilah.. Aku cuma berhijrah...bukan sempurna...
AKU BUKAN USTAZAH

0 commest[s]:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by NORTAQIFA SHAIDI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...