Tentang DAJJAL... - NORTAQIFA ABD SHAIDI

Tuesday, November 20, 2018

Tentang DAJJAL...

Assalamualaikum.. hari ni saya mau carita pasal ni.../ tentang dajjal.. siapa dajjal..?? Syaitan..?? Iblis...??? so.. mari susuli perkongsian di bawah ni..



Siapa Dajjal?
⛄ Dajjal ialah seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menguji keimanan manusia.

⛄ Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

⛄ Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar".

⛄ Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan di atas muka bumi.

⛄ Antara kelebihan-kelebihan yang Allah SWT bagi kepada Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.

⛄ Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin".

⛄ Dajjal akan menjadi ketua di dunia ni. Semua pemerintahan nanti bawah kekuasaannya. Apabila telah kuasai semua, dia akan mengaku sebagai tuhan.

⛄ Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengakui dia ialah tuhan. Sesiapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tetapi dapat kemewahan dunia. Sesiapa tak mengaku, derita.

⛄ Hari pertama Dajjal di dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

⛄ Dajjal nl penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dalam kalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.

⛄ Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Tindakan ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.

⛄ "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya".
- Nabi Muhammad SAW.

⛄ Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang telah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

⛄ "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi".
- Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dah pesan. Amalkanlah!

⛄ Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.

⛄ Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tiada siapa boleh membantu, waktu itu seorang ibu hendak tolong anak pun tak boleh.

⛄ "Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak daripada
Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari.

⛄ "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng tersebut".
- Syeikh Zainul Asri.

⛄ Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia ialah tuhan.

⛄ Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan ialah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya ialah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.

⛄ Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.

⛄ Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

⛄ Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal".

⛄ "Yang paling aku takut melanda umatku pada akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal".
- Nabi Muhammad SAW.

⛄ Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa
huru-haranya yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.

#S E B A R K A N....

Kalau ada salah , tolong betulkan ..

1 comment: