Khaulah Al-Azwar Bidadari Besi - NORTAQIFA ABD SHAIDI

by - 4:58 PM

Assalamualaikum semua... mau di jadikan cerita, adik saya ni baru masuk tingkatan 1...jadi rasanya ramai lah jua kenalan baru dia kan.. jadi satu hari tu dia balik dari sekolah lepas tu dia cakap dekat saya,
"kakak, adik ada kawan bah nama dia kan.. khaulah..."
..saya pun jawab lah.. " iyakah? khaulah apa nama dia.?"..
" entah..khaulah najwa kali"...
" Ouh...cantikkan nama dia.. nama dia sama macam nama apa.??"
"ahhh.. nama siapa ahh.??"
"abg tau..nama dia macam ni..kau..kaulah..aku..akulah"sampuk adik lelaki saya..
"aikk...bukan lah..mengarut jak abg ni.. sini kakak cerita siapa tu khaulah.. nama penuh dia khaulah al-azwar..dia tu pahlawan wanita di zaman nya...dan bla..bla..bla.."

Dan di situlah timbulnya idea saya mau cerita tentang Bidadari Besi hari ni...ikuti kisah Khaulah Al-Azwar di bawah ni..

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.


Beliau adik kepada Dhiraar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Dalam peperangan itu, Dhiraar Al-Azwar, pahlawan perang yang terkenal dengan keberanian sehebat seribu perajurit ditawan pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah dan memerintahkan pasukannya membebaskan Dhiraar.

Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan.

Keberanian perajurit bertopeng itu mengejutkan pasukan Romawi. Panglima Khalid begitu kagum dan berasa hairan. Siapakah perajurit bertopeng itu?

Ketika ditanya, perajurit bertopeng itu mengelak tetapi Khalid terus mendesak. Akhirnya, rahsia terbongkar.

“Wahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi. Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah.Aku adalah Khaulah binti Al Azwar. Aku sedang bersama wanita kaumku. Kemudian datang orang memberi khabar bahawa saudaraku Dhiraar ditawan, maka aku pun menaiki kuda dan melakukan apa yang anda lihat ini.”

Khalid sedih bercampur hairan, mengapa wanita sanggup keluar ikut berjihad dengan gigih untuk menyelamatkan tawanan perang.Sejak itu, Panglima Khalid bersumpah menyelamatkan Dhiraar. Peperangan terus berkecamuk dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan Arab. Dhiraar berjaya dibebaskan daripada tawanan Romawi.

Demikian sejarah perjuangan Islam yang disertai serikandi Islam yang tidak gentar bertempur bersama perajurit lelaki. Mereka berada di belakang pasukan kerana jika ada perajurit yang luka, mereka yang merawatnya.

Hingga zaman pemerintahan Usman bin Affan, Khaulah menyaksikan pelbagai peristiwa dan bencana. Kegigihannya di medan peperangan menimbulkan kekaguman seperti peristiwa pertempuran bertopeng itu.

Suatu ketika, kepala perajurit Romawi menjadi mangsa pukulan tiang khemah yang dicabut Khaulah ketika beliau memimpin wanita yang bersamanya di medan peperangan.

Ia berlaku ketika pertempuran pasukan Arab dan Romawi kedua di Maraj Daabiq. Sekali lagi, Khaulah kehilangan saudara lelakinya, Dhiraar, yang ditawan musuh. Kesedihannya digarap pada syair dan tangisan yang mendorong semangat pasukan Islam untuk menuntut Romawi membebaskan Dhiraar.

Beberapa wanita lain yang suami mereka menjadi tawanan turut memberi semangat supaya tentera Islam lebih berani.

Pasukan Arab berjaya menyerbu daerah utara Syam dan mengepung Antarkia manakala beberapa tawanan dibebaskan, termasuk Dhiraar. Malangnya Khaulah dan beberapa wanita lain pula menjadi tawanan Romawi.

Dalam tawanan pasukan musuh itu, Khaulah tidak menyerah kalah. Beliau berseru kepada temannya: 

“Hai puteri Himsyar sisa keturunan Tubba, apakah kalian rela menjadi tawanan Romawi dan anak kalian menjadi budak mereka?
“Lebih baik kita mati daripada menjadi tawanan yang hina dan melayan Romawi keparat.”

Dengan semangat pantang menyerah, Khaulah mengetuai teman tawanan wanita dengan mengambil tiang khemah. Bersenjatakan tiang itu, mereka melawan pasukan Romawi dengan memukul kepala mereka. Berkat keberanian itu, mereka berjaya membebaskan diri.

"Keyakinan kepada Allah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering menjadikan muslim & muslimah tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan"

MasyaAllah...begitu sekali perjuangan mereka demi mempertahankan keluarga, maruah dan martabat kaum wanita... betapa jauhnya beza dengan hari ini..
semoga jadi iktibar.

You May Also Like

0 commest[s]