Siapakah AKU? -NORTAQIFA ABD SHAIDI

by - 11:42 AM





Image may contain: one or more people, people standing and text

Assalamualaikum... hari ini masih ada yang berntanya-tanya siapa kah aku..?? terkenal kah aku..?? di kenal kah aku..?? siapa di sebalik nama NORTAQIFA BINTI ABDUL SHAIDI..??
Satu nama yang banyak personalitinya di laman sosial... bukan bertujuan untuk memperdaya tapi untuk mempelbagai... Rugi kalau kita cuma tau satu perkara sahaja...


Kadang diam..Kadang Bising.. Kadang Ceria.. Kadang gelisah... Kadang ketawa...Kadang menangis... Hari ini di atas.. Esok Hari di bawah... itulah makhluk Allah SWT yang dipanggil manusia.. Begitu juga diri ini yang di beri nama NORTAQIFA atau EFA.. yang kadang betul kadang salah.

Kadang terguris hati ini... bila kita cuba berbuat baik... orang anggap kita suci..sesuci embun si pagi hari... dengan alasan.. " KAU KAN USTAZAH!" .. Di mana wajarnya kata-kata itu di tempiaskan kepada diri yang kerdil ini.. " Kau pakai tudung labuh" .. ya..saya pakai tudung labuh... bukan kah itu yang diwajibkan ke atas semua wanita..??? Seolah-olah Tudung labuh itu satu alasan...satu penyebab..??? Perkongsian di muka buku menjadi satu platform untuk mereka Mencanang diri ini sedangkan aku cuma berkongsi sedikit ilmu yang orang lain kongsikan.. atau mestikah aku kongsi cuma hiburan dunia semata-mata..?? K-DRAMA???

Aku bukan berkongsi cuma artikel islamik, tapi banyak benda baik yang lain turut aku kongsikan seperti resepi, design rumah, pelan rumah idaman,movie dan tips kesihatan.
adakah layak aku dipanggil director.? atau doktor? atau chef.??
tiada jawapan lain melain kan TIDAK.. Cepatnya manusia menilai... secepat mereka menghukum.. kadangan penilaian mereka salah..salah sama sekali... kadang-kadang mereka menghukum aku atas salah ku tapi ada aku di tanya KENAPA..? Sedikit pun persoalan tiada melainkan terus membuat keputusan untuk menghukum.

Apakata kita buka minda kita untuk menerima apa yang orang beria dengan hati yang terbuka.. selagi mana orang lain tidak mengganggu sensitiviti masyarakat dan diri yang membaca.. teruskan berbuat demikian...



عن أبي سعيدِ الخدري رضي الله عنه قال سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : مَن رأى منكم منكرًا فليغَيِّرْهُ بيده فإنْ لم يستطِعْ فبقلبهِ وذلك أضعف الإيمانِ.

Maksudnya: "Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman."


Aku...cuma berkongsi..bukan me-RIAK... Terdahulu, ada orang mengatakan 
"Efa, jangan buat facebook sebab facebook melalaikan.. itu salah satu agenda yahudi."
Ya, jika itu salah satu agenda yahudi untuk melalaikan, mungkin boleh diterima.. Tapi, cuba kita buka kan mata kita, kalau mereka buat semua ini untuk menyesatkan, apa kata kita kongsi pasal keagamaan, artikel islamik, video ceramah dan yang seumpamanya... bukan kah perkara ini boleh mendatangkan manfaat..???

Aku cuma anak sulung kepada dua orang insan yang paling aku sayang di dunia.. insan yang paling tabah dan kuat pernah aku jumpa seumur hidup aku , iaitu ayah ku, ABD SHAIDI ABD RASHID dan ibu ku, NORZIAH ABD SALLEH.. 

Kakak kepada 4 orang kenit yang disayangi biarpun mereka tinggi dari aku, tetap kenit dimata ku , Angah, NORAQIDAH, Acik, MOHD AIMAN YAZIQ, Eng, NORSHAQIRAH dan si bongsu, NORIZZARAH BALQIS.

Isteri kepada seorang jejaka tinggi yang berjaya menambat hati ini biarpun dulu sombong kelihatan.. Yang tidak pernah berhenti menghalalkan aku suatu ketika dulu.. FIRMAN NONONG.

Aku tiada superPower untuk memukau orang lain... aku tiada duit yang banyak untuk merasuah manusia.. aku cuma aku... Aku cuma ada fikiran untuk berfikir. mana yang baik aku kongsikan.. mana yang buruk aku kongsi kah.??? memanglah tidak.. 

Setiap hari aku bangun dengan harapan bahawa hidup ku boleh dimulakan dengan lembaran baru, kerana lembaran sebelumnya kelihatan sangat berputar belit. namun aku salah, aku harus membuka segala kesulitan dahulu supaya tidak terbawa di lembaran seterusnya.

Segala bisikan sumbang yang aku terdengar di belakangku, aku harap aku dapat menidakkan nya.. namun sekali lagi aku salah.. bisikan itu lah yang menyedarkan aku.. siapa aku..?? apa adanya aku ini.?? aku berdiri di kaki ku, tanpa apa-apa dari kamu yang berkata-kata. Pun masih kamu memandang serong...

"Tidak kami sangka, dia tudung labuh, macam ustazah di facebook, share pasal agama. Tapi keluar malam sama lelaki. Berganti-ganti lelaki dia keluar"

Image may contain: 1 personSalah satu ayat yang paling pahit yang masih terngiang-ngiang di telinga ku... Jujur, aku dulu bekerjaya dan aku sangat selesa dengan kedudukan aku.. namun bila ada salah, semua jari menunding kearah aku... yang memaksa aku mengundurkan diri dari tempat itu... Bukan hati tidak tahan dengan cobaan.. Tapi cobaan nya melibatkan banyak pihak termasuk famili aku sendiri... dengan berat hati aku berundur tanpa notis... di situ aku nampak salahnya aku.

Salahnya aku sebab tidak dapat pertahankan hak aku untuk di adili.. salahnya aku sebab tidak mampu menutup mulut mereka.. Salahnya aku sebab aku keluarga terlibat.

Akhirkata, Aku seorang manusia yang sangat complicated. terlebih peramah dan terlebih pendiam.. So, andai ada salahnya aku di sini.. maafkan diri ini.

ASSALAMUALAIKUM.


You May Also Like

6 commest[s]

  1. Assalammualaikum. Tq sbb sudi singgah blog saya. Just be yourself awakk 🤗

    ReplyDelete
  2. kawan saya selalu pesan, "takpela biar orang buat kita, jangan kita buat orang." kita memang tak mampu tutup mulut orang. semua orang tetap akan bercakap juga tak kirala baik atau jahat. just be urself. kita tahu niat kita.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Beeha blogwalking sini . Jemput join giveaway saya ^^ https://beehaazman19.blogspot.com/2019/07/first-giveaway-by-anis-beeha.html

    ReplyDelete
  4. Salam. Sy follower baru. Jemput follow my blog. Thank you

    ReplyDelete