Mimpi Mati - NORTAQIFA ABD SHAIDI

by - 12:17 PM

Assalamualaikum semua.. terbuka nya hati aku nak bercerita hari ini adalah kerana mimpi aku yang sangat menggerunkan dan menginsafkan.. Aku mimpi aku MATI...ya..mimpi mati.. yang berkata2 cuma roh aku.. 

Kisah nya mula begini.. sebelum ni aku tidak pernah mimpi macam ni.. cuma mimpi pasal ULAR.. Orang Tua..Sungai.. dan Hutan.. Itu perkara biasa...Walhal setiap malam memang baca doa sebelum tidur..Tapi semalam dengan keadaan aku yg kurang bersih (faham2 lah orang pompuan kan) Aku lupa baca doa ..termasuk Surah Al Mulk.. aku lupa..lalai.. tidur pun dalam keadaan lalai . aku tidak tau mula nya macam mana..Tiba tiba...aku buka mata dan aku rasa yang aku mcm ada di SATU PERHIMPUNAN.. dengan orang yang aku kenal dan tidak.. Semua orang2 tu diam tunduk.. bila aku tanya tiada satu pun yang menjawab.. 

Aku cuba berdiri dan aku tanya lagi.. aku di mana.. dan datang SEORANG YANG SANGAT TINGGI namun mukanya tiada kelihatan terus berkata.. " Kau masih tidak sedar yang kau di alam kubur???" .. Aku terkejut beruk laaa.. terduduk aku...Aku cakap lagi kat Orang Tinggi tu.. " Macam mana aku mati..macam mana aku mau masuk syurga amalan aku belum cukup??"  Lantas ORANG BESAR DAN TINGGI menjawab " Berdiam diri lah kau di sini sebentar lagi kamu dapat apa yang kamu layak".. 
Aku lagi takut.. sebab aku tak layak apa2.. Apa pengorbanan aku di Jalan Allah?
Aku bertanya lagi.. Adakah amalan aku yang sedikit boleh membawa aku masuk Syurga? ITU BUKAN PENJAMIN NYA.... 
Lepas dia cakap mcm tu.. aku nangis.. meraung2.. aku pergi kat orang sebelah.. tolong aku.. tolong aku.. dia diam... aku lari kat orang belakang.. tolong aku .. dia diam juga.. 
Aku nampak jasad suami aku dan aku menggoncangkan badan nya meminta tolong ..aku takut.. tapi dia pun berdiam.. tiada siapa yang boleh tolong aku masa tu.. 

Sampai satu saat aku cakap balik dekat ORANG tu.. " BOLEH KAH HIDUP KAN AKU BALIK..AKU TAKUT.." terus aku rasa macam ada bunyi Guruh yang sangat kuat.. dan aku terjaga dari tidur.. 

Masa ni berpeluh2 aku bangun tidur biarpun tengah kesejukan.. tapi aku berpeluh... Bayangkan kalau aku mati masa tu.. apa yang aku bawa? ??
Dapat kah aku jawab soalan di sana?? Aku pun masih belajar mengenal dunia..aku masih belajar hukum agama..
Aku takut jadi munafik.. biarpun aku menafikan.. tapi aku tidak tau mungkin aku munafik.. berpura pura.. aku masih belajar mengenal hati.. mengikhlaskan..memaafkan..meredha kan.. biarpun berat.. 

Takut nyaaa.....
Apa Amalan Kita yang kita bawa nanti....?


You May Also Like

1 commest[s]

  1. Allahuakbar. Kak PC pun jadi insaf. Walau cuma mimpi namun Kak PC percaya walau mimpi semua dengan izin Allah SWT juga.

    ReplyDelete