Positive Covid 19 - NORTAQIFA ABD SHAIDI

by - 4:52 PM

Assalamualaikum...

Tidak lama selepas pengebumian arwah.. Aku di kejutkan lagi dengan panggilan dari KKM.. 

17 September 2021

"Hello, boleh saya bercakap dengan cik Nortaqifa?"

"Ya Saya"

"Keputusan Swab test cik Positive, jadi cik perlu menjalankan kuarantin di pusat kuarantin IPG. Cik mau datang sendiri kah atau cik mau ambulan ambil?"

" saya datang sendiri" 

Aku terduduk menangis.. Aku berfikir macam mana anak aku nanti?

Warna gelang berganti merah.. Aku dihantar ke pusat kuarantin.. Dan memulakan hari ku sendiri di sana.. Aku memang lemah... Lagi lagi masa aku nampak anak aku menangis tengok aku jalan.. . Tapi aku mesti kuat juga sebab aku masih ada keluarga.. Memang masa ni hati ku runtuh tidak terkata.. Apa lagi yang aku boleh buat? Tiada..

Aku di maklumkan oleh KKM supaya semua kontak rapat ku terutamanya Husb dan anakku untuk turut membuat swab test pada keesokan harinya.. Hati aku memang tidak tenang sebab anak aku demam dari 15hb.. 16hb tu aku ada bawa anak aku ke hospital, aku tak hiraukan gelang putih aku.. Aku lantak jak sebab demam dia mencecah 39.8°C.. Aku sampai kat kecemasan.. Diorang cek semua bagi ubat demam.. Bagi antibiotics.. Dan cakap anak aku leher dia bengkak.. Tu lah dia demam.. Ada sedikit kelegaan di hati dengar macam tu.. Tapi aku tetap berkeras suruh diorang p swab esok nya..

Semoga semua nya kuat.. 

You May Also Like

1 commest[s]