Duhai Wanita [Part 2: Tabarruj] - NORTAQIFA ABD SHAIDI

Tuesday, September 12, 2017,6:29 PM | 2 Comment
Assalamualaikum.. Alhamdulillah..masih di panjangkan umur untuk terus bersama-sama bermuhasabah diri dalam coretan jari-jemari ku pada hari ini... sebelum nie saya telah kupas satu tajuk tentang AURAT...
Hari ini kita beralih kepada satu tajuk yang cukup besar dan menginsafkan kita sebagai wanita...
iaitu Tabarruj...

Apa itu TABARRUJ.??

Ramai golongan wanita yang kurang mengerti akan maksudnya yang sebenar..termasuk saya..

Tabarruj [Cara berhias yang dilarang..]

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian kaum lelaki yang bukan mahram.”


Kalau di tanya kepada wanita dan kaum lelaki..apakah contoh tabarruj..??
"BERHIAS BERLEBIHAN" ....yess..what a cliche answer....
memang betul, Berhias secara berlebihan termasuk dalam salah satu contoh tabarruj...Di bawah merupakan contoh-contoh tabarruj..

1. Mengenakan pakaian yang nipis dan ketat.
2. Memakai wangian yang mampu menaikkan syahwat kaum lelaki ajnabi.
3.Berhias secara berlebihan dihadapan lelaki yang bukan mahram.
4.Berdandan @ BerMake-up tebal
5.Membuka sebahagian aurat.
6. Mengubah ciptaan Allah [ Meratakan gigi, Menghilangkan Tahilalat, dll]
7. Memakai pakaian yang menyerupai lelaki.


1. Memakai wangian yang mampu menaikkan syahwat kaum lelaki ajnabi.


Sekarang saya akan ambil beberapa contoh untuk di bahas.. Yang pertama, Memakai wangian yang mampu menaikkan syahwat golongan lelaki ajnabi..

“Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, berarti ia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy]

Sebenarnya, memakai wangi-wangian yang kuat baunya termasuk dalam Tabarruj Jahiliyyah...
Ustazah perrnah cakap dulu, Untuk wanita, pakai lah minyak wangi yang berwarna asal jangan kuat baunya sehingga mampu menarik perhatian kaum lelaki dan untuk lelaki pakailah minyak wangi yang ada baunya asal jangan yang berwarna minyak wangi nya...
Dan kata-kata itulah yang saya pegang sehingga hari ini.. Sahih atau tidak.. ?? Mari lihat Hadis yang telah  diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud.

“Ketahuilah, perfume lelaki adalah yang tercium baunya, dan tidak terlihat warnanya. Sedangkan perfume wanita adalah yang tampak warnanya dan tidak tercium baunya.”
Sungguh indah wanita itu diciptakan, hampir keseluruhan jasadnya merupakan aurat..dan harus di lindungi sehinggakan bau wangian nya sendiri pun sebolehnya di limitkan...
Adapun sifat wangian bagi wanita adalah yang tidak ketara baunya...

2.Berdandan @ BerMake-up tebal



Bersolek secara berlebihan juga merupakan satu contoh tabarruj..Islam melarang kepada kaum wanita untuk mempamerkan perhiasan nya..?? kecantikan wajah wanita itu juga merupakan satu perhiasan.. lalu kenapa mau di tunjukkan kepada umum tentang cantik nya diri kamu..?? bukan sekadar menunjuk, malah mempercantik kan diri lagi dengan bersolek tebal,pakai eyeshadow, blusher, lipstik dan lain-lain. [ sebenarnya saya pun tidak tau sangat barang-barang untuk make-up ni..terpaksa lah letak DLL saja]..

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu …” (QS. Al-Ahzaab, 33: 33).

Jadi kalau tidak boleh bersolek pi kerja kusam lah muka..??

Boleh lah tampal-tampal muka tu sikit..jangan lah tebal sangat macam Malaficient.. hitam sana sini...Asal tidak mengubah rupa kamu cukup lah...
Di ingatkan sekali lagi, berhias boleh asal tidak melampaui batas, syariat dan hukum hakam yang telah di tetapkan oleh agama..
Bersederhana dalam semua perkara tidak salah wahai sahabat...


3. Mengubah ciptaan Allah.




Dan yang terakhir untuk  tajuk Tabarruj nie ialah mengubah ciptaan Allah.. Apakah contoh mengubah ciptaan Allah dalam sedar atau pun tidak..??
Meratakan gigi..??? konon-konon pakai dawai besi kat gigi tu kalau untuk kecantikan semata, dan untuuk di pamerkan kepada orang lain memang haram hukumnya.. Cukur kening..?? 
Rasulullah SAW mengutuk orang yang mencukur bulu keningnya dan orang yang diupah untuk mencukur bulu kening wanita. Adapun para ulama menyatakan bahawa hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang mencukur bulu kening bagi wanita. Larangan ini termasuklah membentuk bulu kening, memcabut untuk mencantikkan bulu kening dan mencukur adalah perbuatan yang dilarang dan haram apabila melakukannya.

Ibnu Mas'ud pula berkata;

“Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”. Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?” Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah saw; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah swt berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.[HR. Bukhari dan Muslim]

Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat, tapi untuk lebih lanjut boleh lah bertanya kepada orang yang lebih pakar dalam hal ini, saya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai blogger untuk berpesan tentang kebaikan dan memenuhi permintaan seorang sahabat untuk membahas tentang perkara ini. Antara contoh lain ialah, membuat tattoo dan menyambung rambut

Wahai sahabat, janganlah kita terleka dengan kenikmataan di dunia..jangan terpedaya dengan keindahan hidup sehingga kita tersesat di atas bumi ini... sesungguhnya, iblis pernah bersumpah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah..

“Iblis berkata: Aku bersumpah dengan Keagungan-Mu ya Allah, sungguh akan aku sesatkan mereka semua, kecuali para hamba-Mu diantara mereka yang baik imannya.” (Surah Shad 38:82 – 83).

Dan salah satu yang iblis sebutkan ialah untuk menyesatkan manusia dengan mengubah ciptaan Allah SWT.

Dan akan aku suruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (Surah An-nisa 4:119)

Inilah sebab kenapa Islam melarang manusia untuk merubah apa yang telah di ciptakan oleh Allah. Pesanan ini bukan terikat untuk kaum wanita sahaja, tapi untuk semua yang terbaca entri ini...

Allah Berfirman:
dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)


Kesimpulannya, cantiknya wanita itu bukan bedasarkan zahirnya sahaja..Cantikkan Akhlak mu, maka cantik lah zahir mu tanpa perlu mengubah apa yang telah di kurniakan oleh Allah SWT...
Sejujurnya, saya sebagai penulis entri ini pun memang masih dilengkapi dengan pelbagai kekurangan samada Zahir atau Batin... Namun apa yang di harapkan, perkongsian kali ini mampu membuka mata sahabat handai untuk sama-sama menilai yang baik dan yang kurang baik dalam diri kita..
Seandainya entri kali ini menyinggung perasaan mana-mana pihak...
Saya NORTAQIFA ABD SHAIDI, ingin memohon ribuan kemaafan atas kecacatan dalam entri saya..sememangnya tiada niat untuk membuka aib sesiapa...

Assalamualaikum, yang baik itu sentiasa datang daripada Allah SWT, manakala yang buruk itu dari diri saya sendiri..


Jangan bersedih wahai Muslimah, keterbatasan mu bukan satu Kelemahan malahan menjadi satu pelindung untuk mu- Nortaqifa Abd Shaidi



Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Duhai Wanita [part 1: Aurat] - NORTAQIFA ABD SHAIDI

Wednesday, September 6, 2017,11:58 PM | 3 Comment
Allahu Akhbar..
berat mata memandang...berat lagi bahu memikul..
ini bukan satu cerita semata-mata..tapi juga merupakan  peringatan kepada diri saya sendiri serta semua yang membaca post kali ini... In Shaa Allah..
sudah menjadi Tanggungjawab untuk saling menasihati antara satu sama lain.

Assalamualaikum..

Hari ini saya akan utara kan satu tajuk besar yang menjadi perbincangan muslimah masa ini...iaitu
Aurat ,Tabarruj dan fesyen.
Sejujurnya memang saya masih belum layak untuk bercakap soal ini.. tapi In Shaa Allah, saya cuba sampaikan yang terbaik untuk semua..semoga bermanfaat.

Aurat wanita mempunyai batasan...berikut merupakan batasan aurat wanita

1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
3. Aurat di hadapan mahram
4. Aurat di hadapan wanita lain

Namun, apa yang akan saya tekankan pada hari ini ialah Aurat wanita di hadapan lelaki Ajnabi..!
Wanita muslim bukan semuanya bertudung..
wanita bertudung bukan semua nya menutup aurat..
wanita yang menutup auratnya bukan semuanya menutup dengan sempurna...
betul..??
Saya tidak cakap yang saya ini sudah sempurna dalam menutup aurat...sejujurnya, saya pun masih merangkak dalam berhijrah... saya pun masi mencari cara yang terbaik dalam diri, sakaligus mengajak sahabat semua untuk sama-sama bermuhasabah diri..

memang berhijrah bukan sesuatu yang senang, sebab selepas berhijrah, kita akan mendapat banyak respon negatif daripada yang positif..
Bab tudung labuh, semua gelar saya ustazah.. Allahu Akhbar...
saya bukan ustazah..tapi sudah kewajipan wanita untuk melabuhkan tudung nya bersesuaian dengan firman Allah dalm surah An Nur yang bermaksud:

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " 

Memang pada awalnya, ramai yang tidak dapat menerima keputusan saya untuk bertudung labuh... memang terdengar suara-suara sumbang di belakang yang berkata tentang diri ini..
Tapi Alhamdulillah, dengan sokongan keluarga ...
semua kata-kata negatif terasa macam tiada makna....

Berbalik kepada Aurat....
Trend terkini, membalut Aurat.....
tidak kah mereka malu kerana mereka cuma membalut aurat sahaja ..
tidak kah mereka malu saat mereka tidak melabuhkan tudung mereka..??

Allah SWT pernah berfirman, mafhumnya,

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).


Firman Allah tersebut JELAS melarang wanita untuk mempamerkan sebarang perhiasan di tubuhnya...plus..“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil ini cukup KUKUH untuk memperkatakan bahawa wanita WAJIB menutup aurat di hadapan kaum lelaki ajnabi...dan ingat lah bahawa bentuk badan wanita pun merupakan aurat...
Adapun di sebut dalam ayat tadi tentang 'kecuali yang zahir darinya', bermaksut kecuali yang terpaksa diperlihatkan dan yang tidak wajib ditutup iaitu kedua telapak tangan serta mukanya.
Dan ini bermakna, selain daripada muka serta telapak tangan, semmuanya aurat dan wajib ditutup.
Kaki.??
Kaki juga wajib ditutup...pakai lah stokin sebaik-baiknya yang berwarna hitam...
lengan..???
lengan pun aurat ya wahai sahabat...pakai baju kurung, cantik sudah tapi terselak lengan baju, nampak pula lengan...pakai lah hand-cover tu...



Cuba kita renungkan,
Di Syiria, wanita dan gadis tidur dengan tudung...dengan alasan, kalau mereka terkorban masa tu, aurat mereka masih terpelihara...Allahu Akhbar..
Ada gadis yang mati di bunuh sebab tidak mahu melepaskan tudungnya..
Sayang nya mereka dengan aurat mereka...
Tapi kita..??
dengan sewenang-wenangnya mempamerkan segala--galanya kepada umum...
saya ulang UMUM...
Kenapa kita dedahkan aurat..??
adakah untuk mendapat pujian daripada orang lain..??atau mau glemerrr..??
Cukup..
cukup sudah kita mengaajak sekalian manusia ke arah yang salah...cukup sudah kita menarik lelaki yang kita cintai ke neraka.. wallahualam'...
Cukup sudah kita menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat kini yang gemar dengan perbuatan ghibah...
....


Oleh itu,
marilah kita sama-sama memperbaiki kesalahan dan kekurangan dalam menutup aurat.
Sesungguhnya Allah menjadikan rasa malu sebagai mahkota kemuliaan seorang muslimah.
Tutuplah auratmu selagi mampu sebelum auratmu ditutup oleh  kain kafan
WE CARE, WE SHARE, LETS COVER THE AURAT !!
SYAR’I MORE THAN JUST MODE, IT’S OUR RESPONBILITY TO ALLAH.




Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

HIKAYAT SEORANG PENGHIBUR JALANAN-NORTAQIFA

Monday, September 4, 2017,11:56 PM | Comment
HIKAYAT SEORANG PENGHIBUR JALANAN.


tiada tawa untuk hati yang sedih
tiada senyum untuk wajah yang gelisah
mata menangis hanya sekilas kisah
cuma perlu pejamkan mata..
biarpun hati terluka sepanjang bercerita
ketika semua warna di dinding hidup merekah..
saat cahaya terang bukan lagi pilihan yang di damba..


akulah yang akan ketawa...sekali gus memujuk hati mu..
akulah yang akan berkata-kata hingga terpalit senyuman di wajahmu..
akulah pelakon sekaligus pengarah dalam suatu pertunjukan..
akan aku buat persembahan yang paling mencuit hati..,
supaya dapat menjemput tawa mu..
Usai semua..selesai seglanya..
akulah yang menangis sendiri...
terlalu mengerti sakitnya sepi...
bagai dihiris belati...di rejam mati..di panggang berapi..dicaci..dimaki..
koma..noktah titik bertindih tiada erti..
semua laju seperti keretapi
hanya mampu merelakan semua terjadi...


saat kebahagiaan datang menyapa..
senyum menjadi pelunas hutang samata-mata....
tangisan ku simpan dalm lipatan usia..
biar menjadi kenangan yang terindah..
untuk aku si penghibur jalanan..


Diam bukan aku..
Kosong bukan aku...
hadirku cuma ingin menggembirakan mu.
biarpun sudahnya aku yang tidak menentu
membeku tertaku..dengan diri dan waktu...


PS: di dedikasikan khas untuk orang yang selalu ketawa di depan tapi menangis di belakang....

Image result for fake smile tumblr
Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Belajar Bahasa Cina #1

Friday, August 25, 2017,12:32 PM | 2 Comment
PART 1 - NUMBERS

Assalamualaikum, so hari nie kita belajar pula bahasa Cina..Simple jak.. dan kita akan start dari number..
Saya belajar bahasa Cina sebab ramai adik sepupu saya sekolah Cina..
Kadang-kadang minta tunjuk pula mengira...
Sorry sayang2 kakak... kakak cuma tau Wo Ai Ni jak...hahah..

Xie xie ni Papa Mama.. xie xie ni de ai.. [lagu ni ngan saya sekali terjangkit nyanyi]



OK..jom kita mula..


Number
Simple Numerals
Pronunciation
0
líng
1
2
èr / liǎng
3
sān
4
5
6
lìu
7
8
9
jiǔ
10
shí
11
十一
shíyī
12
十二
shíèr
13
十三
shísān
14
十四
shísì
15
十五
shíwǔ
16
十六
shílìu
17
十七
shíqī
18
十八
shíbā
19
十九
shíjiǔ
20
二十
èrshí [niàn]
21
二十一
èrshíyī
22
二十二
èrshíèr
23
二十三
èrshísān
24
二十四
èrshísì
25
二十五
èrshíwǔ
26
二十六
èrshílìu
27
二十七
èrshíqī
28
二十八
èrshíbā
29
二十九
èrshíjiǔ
30
三十
sānshí [sà]
31
三十一
sānshíyī
32
三十二
sānshíèr
33
三十三
sānshísān
34
三十四
sānshísì
35
三十五
sānshíwǔ
36
三十六
sānshílìu
37
三十七
sānshíqī
38
三十八
sānshíbā
39
三十九
sānshíjiǔ
40
四十
sìshí [xì]
50
五十
wǔshí
60
六十
lìushí
70
七十
qīshí
80
八十
bāshí
90
九十
jiǔshí
100
一百
yībǎi
1,000
一千
yīqiān
10,000
一万
yīwàn
1 million
一百万
yībǎiwàn
100 million
亿
yīyì
1 billion
亿
shíyì
1 trillion
一兆
yīzhào


Ok..siap...hahah...
Bye semua.. Assalamualaikum..





Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Lirik Saat Lafaz Sakinah-Far East

,11:41 AM | Comment
Assalamualaikum...




Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus


Best kan lagu nie..?? siapa-siapa nda tau lagu nie.. bleh lah check di youtube...


Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Doa Pengsan..

Monday, August 21, 2017,12:42 PM | Comment
Pengsan..?? siapa-siapa pun boleh pengsan kan..so apa yang kita perlu buat selain renjiskan muka si Pengsan guna air..??
Berdoa..?? exactly...!..ByTheWay..Assalamualaikum semua... hari nie kita cerita pasal pengsan..jangan ada yang pitam sudah lah..hahah..
Okay... Biar saya cerita sikit..  masa tu saya form 5, kena-kena pula time exam pertengahan tahun...
saya jawab paper EST - English for Science and Technology...macam biasa..dengan tangan yg menggeletar sebab gelabah...dengan mata yang rasa macam mau pejam..dengan mineral water yang penuh...saya jawab..tapi awas..penuh yakin..hahah..
Masa cegu umumkan yang kami cuma ada 30 min lagi untuk menjawab.. saya punya lah kelam kabut sebab banyak part and section lagi belum jawab..haha..
Tiba-tiba cikgu Hasz masuk...

"Taqif..mana si Taqif..??" dan seperti yang di jangka..semua menoleh dekat saya sambil menunding jari... saya buat apa lagi..senyum jak lah...awkward pula..hahha...

"Ya, saya cikgu" menjawab sambil berdiri...

"Sini kau Taqif..ikut cikgu cepat..!! Adik kau pengsan tu..cepat...!"
DOUBLE-WHAT...!!??? saya tidak percaya sebenarnya yang adik saya pengsan..sebab setahu saya dia tu seorang  yang kuat...
Kertas exam saya tinggal macam tu jak..
Saya pergi kat adik saya..betul..! dia tidak sedar..saya marah..saya nangis sudah suruh dia sedar masa tu...saya peluk. pun dia tidak sedar....yess..memang kami kadang gaduh..tapi keadaan dia masa tu memang betul-betul buat hati saya macam di cencang...sedih...
Dalam situasi begini apa yang perlu saya buat..??

datang lagi satu cikgu ,.. dia baca-baca ayat... tidak lama lepas tu adik saya sedar.. ALHAMDULILLAH...



dia cakap ini doa orang pengsan..dengar dan tulis..

Baca :-Alfatihah 1x ....dan ayatul kursi 3x..selawat syifa 3x..kemudian baca Surah An-nisa ayat 164...-Wakallamallahu Musa Taklimaa- 3x

In Shaa Allah, boleh membantu sedikit sebanyak dalam situasi macam tu.. Lepas, tu classmates adik saya tolong jaga adik saya..saya masuk kelas balik exam..

Fine...! saya cuma ada masa 5 minit dan tambahan lagi 5 minit..kamu rasa 10 minit tu cukup kah..??? hahaha.. Hello..essay saya baru 2 perenggan okay....hahah..

So, Kawan-kawan sekalian, semoga entri kali ini bermanfaat buat semua...
takut info yang saya bagi salah..?? 
tidak apa..boleh rujuk di google..hahha.. MR Google kan ada... 

OKlah..sampai di sini saja ya...Assalamualaikum semua..

Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Jenis perperangan dalam Islam

Wednesday, August 16, 2017,2:04 PM | Comment
Masa sekolah dulu, saya suka duduk dalam surau.sebab banyak bahan bacaan islamik dalam tu, jadi sampai satu hari tu saya terbaca..
JENIS-JENIS PERPERANGAN...
By the way.. Assalamualaikum semua... Harapnya semua sihat walafiat..In Shaa Allah..

[abaikan nota saya kalau tulisan tidak cantik...baru abis jawab paper pengajian am..+ kelam kabut]


So, cerita pasal bahan bacaan islamik, dalam buku tu, tertulis, ada 28 perperangan antara Umat Islam dan juga musuh nya, namun hanya 9 perperangan yang bertembung dengan musuh manakala 19 lagi perperangan musuh dikhabarkan lari..
Allahu Akhbar.. betapa hebatnya kuasa Allah... Sedangkan umat Islam tidak lah seramai musuhnya yang ingin menentang Islam ketika itu..


Jenis perperangan:-


-Perang Badar Al- Qubra - Surah An-anfal
-Perang Uhud- Surah Ali Imran
-Perang Khandak- Surah Al-Ahzab
-Perang Bani Qhurazah - Surah Al- Ahzab
-Perang Khaibar- Surah Al-Ahzab dan Al-Fath
-Perang Bani Nadhir- Surah Al- Hashr
-Perang HUdaybiyyah-Surah Al-Fath
-Perang Fathu Makkah- Surah An-Nasr
-Perang Taguk- Surah At-Taubah 



Janis perperangan yang tidak terjadinya pertembungan:-

1. Perang Waddan - Kerana tidak bertemu dengan Quraish dan kemudiannya ikatan perjanjian di buat dengan Bani Dhamrah

2. Perang Buwath- Kafilah Quraish tidak dapat menyusul

3. Perang 'Dzul Usyairah- Tidak terjadinya pertempuran senjata. Kemudian Rasulullah SAW mengadakan perjanjian dengan kabilah Bani Mudlij dan Bani Dhamrah.

4. Perang Badar I - PAsukan Muslimin tidak dapat mengejar pasukan Quraish yang telah menyerang kawasan lain di daerah pinggirang Kota Madinah.

5. Perang Bani Qainuqa- Tidak terjadinya pertempuran kerana Kaum Bani Qainuqa telah keluar dari Kota Madinah.

6. Perang Bani Sulaim - Tidak terjadi pertempuran kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan mereka untuk menyerang kaum Muslimin dan menyebabkan Kabilah Bani Sulaim dan Bani Ghatafan melarikan diri dan meninggalkan harta benda mereka.

7. Perang Sawiq - Juga tidak terjadinya pertempuran atas sebab Rasulullah mengetahui persiapan mereka untuk menyerang pasukan Muslimin.
8. Perang Dzu Amar- Kabilah Bani Tsalabah dan Bani Muharib telah melarikan diri, kerana Rasulullah mengetahui persiapan mereka untuk menyerang Muslimin di Kota Madinah.

9. Perang Bahran- Tiada pertempuran kerana Kabilah Bani Sulaim melarikan diri.
10. Perang Dzathur Riqa - sepatutnya Bani tsa'labah dan Bani Muharib menyerang Kota Madinah namun kedua Kabilah itu melarikan diri sebelum bertemu dengan pasukan Muslimin.

11. Perang Badar Terakhir - Pasukan Muslimin menunggu pasukan kaum Quraish selama 8 hari tetapi mereka tetap tidak muncul.

12. Perang Dhaumatul Jandal- Kabilah-kabilah yang ingin menyerang telah bersembunyi dan melarikan diri.

13. Perang Bani Musthaliq - Bani Mushthaliq melarikan diri dan ada yang menjadi tawanan.

14. Perang Bani Lihyan - Rasulullah SAW yang memimpin 200 orang sahabat nya ingin menghadapi Bani Lihyan yang telah membunuh 10orang sahabat nabi, namun Bani Lihyan melarikan diri setelah mengetahui khabar angin kedatangan Rasulullah SAW.

15. Perang Dzi Qarad- pasukan Ghatafan melarikan diri tanpa sempat bersemuka dengan pasukan Muslimin.

16. Perang 'Umratul Qhada- Tidak terjadi sebarang pertempuran antara pasukan Muslimin dan lawannya.

17. Perang Hunain- Bani Hawazun dapat dikalahkan dan dapat mengusir Kabilah Tsaqif mundur ke pemukiman mereka.

18. Perang Hisoru 'Thaif - Kaum Muslimin mengepung Bani Tsaqif selepan perang Hunain, Bani tsaqif dikepung selama 3 bulan dan berakhir begitu sahaja akibat pertahanan Bani Tsaqif yang kuat.

19. Perang Hamraul Asad -Tiada terjadinya pertempuran senjata kerana pihak musuh lari setelah mendengar khabar angin yang Rasulullah SAW datang menyertai perang tersebut.



Semoga bermanfaat buat semua.. In Shaa Allah...


Credit:-
– Kisah Muslim.com

Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Hukum Tajwid #Part 1

Monday, August 14, 2017,11:05 PM | 2 Comment
Assalamualaikum,
HUKUM TAJWID...biarpun saya masih belajar pasal hukum hakam nie, apa kata saya kongsi sedikit sebanyak apa yang saya belajar..
Aslih Nafsak Wad'u Ghaira'...teringat pula masa form 2 dulu, asal ustaz tanya pasal nie..semua orang buat-buat sibuk.. terus terang, ramai antara kami yang kurang pandai baca jawi..apa lagi arab..??
Title sekolah pun sekolah cina...tapi cakap Cina pun tidak pandai..hhaah..
Sekali ustaz pandang muka diorang..diorang pula tengok tempat lain..hahah betul-betul lah tu takut kalau begitu.. Sampai satu hari tu, ustaz cakap..

" Macam mana baca Quran ..hah..?? cuba A***g senaraikan Huruf-huruf Bilaghunnah..!"

ok saya tau budak yang ustaz tunjuk tu memang cepat gelabah...tapi masa tu dia percaya dia yakin sampai dia jawab

"KAF-MIM-BA-YA-NGA...ustaz"

Semua ketawa..ustaz yang tidak senyum tu pun boleh ketawa...hahah... jadi apa kata sama-sama kita belajar Hukum Tajwid...mungkin entri kali nie tidak panjang sangat...tapi In Shaa Allah...bermanfaat..





A. Hukum Bacaan Tajwid (nun Mati atau Tanwin)



Gambar berikut ini merupakan contoh hukum nun mati. huruf yang diberi warna (merah : izhar halqi), (hijau : idgham), ( biru : ikhfa haqiqi), ( ungu : iqlab).



1. Pengertian Izhar Halqi (رإظها)

Idzhar halqi adalah apabila ada nun mati/tanwin bertemu huruf halqi. Huruf halqi ada enam, yaitu ا , ح , خ , ع , غ ,ها cara membacanya harus jelas, tidak mendengung, dan tidak samar-samar.
  Contoh : نَارٌ حَامِيَةٌ

2. Idgham  (امغدإ)

Idhgham Bighunnah adalah apabila ada nun mati/tanwin bertemu dengan salah satu dari empat huruf, yaitu ي ,ن , م , و. Adapun cara membacanya suara nun mati/tanwin dimasukkan kedalam suara huruf tersebut dengan mendengung.
Contoh: مُّمَدَّدَةٍ عَمَدٍ فِيْ

Idhgham Bilaghunnah adalah apabils ada nun mati/tanwin bertemu dengan salah satu dari huruf dua, yaitu ل danر. Cara membacanya suara nun mati/tanwin dimasukkan kedalam huruf tersebut tanpa mendengung.
Contoh: لَمْ مَنْ

Pengecualian
Jika nun mati atau tanwin bertemu dgn keenam huruf idgam tersebut tetapi ditemukan di dlm satu kata, conohnya بُنْيَانٌ, اَدُّنْيَا, قِنْوَانٌ, dan صِنْوَانٌ, maka nun mati atau tanwin tersebut harus dibaca jelas.

3. Iqlab

Iqlab adalah apabila ada nun mati/tanwin bertemu dengan ba’ (ب). Cara membacanya yaitu suara nun mati/tanwin diganti dengan suara mim mati ( م) dengan merapatkan bibir dan mendengung.

Contoh: لَيُنۢبَذَنَّ


4. Ikhfa’ haqiqi

Ikhfa’ adalah apabila ada nun mati/tanwin bertemu dengan salah satu dari 15 huruf, yaitu .ت ,ث ,ج ,د ,ذ ,ز ,س ,ش ,ص ,ض ,ط ,ظ ,ف ,ق ,ك cara membacanya suara nun mati/tanwin dibaca samar-samar dengan sengau dihidung.

Contoh: نَقْعًا فَوَسَطْنَ

Ok lah semua.. saya rasa sampai disini dulu untuk part 1...nanti ada lagi sambungan part 2 dan seterusnya In Shaa Allah...

Assalamualaikum WBT..


Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by NORTAQIFA