Tempat Menarik di Kudat - Nortaqifa Abd Shaidi

by - 11:57 PM

Assalamualaikum...teman-teman...
Rasanya sudah 2 hari saya tidak post apa-apa ke blog ini.... sebab satu alasan yang munasabah...
Sebenarnya, Saya balik ke kampung bah... itulah saya tidak dapat post apa-apa...
Di kampung saya line dia tidak kuat.. haaaa...Ok. apa aktiviti saya di kampung selama 2 hari..??
Hmmmm....memandangkan saya ini ‘:Asal dari kampung’... saya pun buat semua kerja-kerja kampung... weheeee... best... secara jujurnya, kehidupan di kampung memang Best daripada kehidupan di bandar...

Selama saya 2 hari di kampung, saya banyak tolong nenek saya tanam ubi, cari sayur... best sangat.. semuanya segar-bugar. Halaman nenek pun best. Banyak tanam-tanaman.. tidak payah pergi ke pasar mau beli sayur.. semuanya ada di kebun nenek... rasa macam tidak mau balik pula ke rumah... hahaha itu baru cerita di rumah nenek sebelah ibu.. belum cerita di rumah nenek sebelah ayah pula...


Ok.. Stop pasal cerita saya...sekarang saya mau cerita pasal tempat-tempat yang cantik dan menarik di Kudat... Kudat tempat lahirku.. tempat ku membesar dan segala-galanya... cewahhhh... Kali nie saya update tempat menarik di tanah tempat lahir ku..TAPI, yang say;a atau saja lah.. yang lain bolehlah minta bantuan MR Gugguru @ Google.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Kudat merupakan sebuah bandar dan daerah di negeri Sabah,Malaysia. Bandar Kudat terletak kira-kira 90km dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu dibahagian Utara negeri Sabah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau yang merupakan bahagian paling utara pulau Borneo. Keluasan daerah Kudat adalah 287 km persegi meliputi semenanjung Kudat,Pulau Balambangan,Pulau Banggi,Pulau Malawali,Matunggong dan beberapa gugusan Pulau kecil di sekitarnya...




1. Tanjung Simpang Mengayau
First... Tanjung Simpang Mengayau... ni tempat nie salah satu tempat wajib untuk buat family day... kalau buat family day di sini.. wajib lah ada manuk-manuk.. pangalay.. berunsai satu family... ye haa... panggang-panggang ..makan-makan di sana sampai malam.... tapi bukan di sini saja lah.. di tempat lain pun ada...



Pasti hampir semua masyarakat di Malaysia mengenali tempat ini. Sememangnya Tanjung Simpang Mengayau merupakan tempat yang “wajib” dikunjungi bila mana anda mengunjungi daerah Kudat. Amat mudah untuk sampai ke tempat ini. Ini kerana setiap simpang lengkap dengan papan penunjuk dan anda hanya perlu mengikuti petunjuk yang disediakan.
Bagi anda yang pertama kali hendak pergi ke tempat ini dengan menggunakan kenderaan sendiri, anda dinasihatkan supaya memandu dalam kelajuan sederhana bagi mengelakkan anda terlepas pandang akan papan tanda yang disediakan. Terdapat 2 jalan yang biasa digunakan untuk sampai ke Tanjung Simpang Mengayau iaitu Jalan Pinangsoo Loro dan Jln Tajau Tiga Papan.


2. Industri Gong Kampung Sumangkap



Kalau di sini, mana-mana yang berhajat mau beli gong @ agung, boleh lah beli dekat sini... kulintangan kah..ada juga di sini... sebab dia terkenal dengan industri pembuatan gong tradisional yang sering digunakan oleh masyarakat suku kaum di Sabah. Anda juga berpeluang untuk melihat cara-cara gong dibuat oleh penduduk kampung di sini. Di sini pun cantik bah juga untuk bergambar.... tiba-tiba kita jadi kerdil..sebab gong nya besar sangat. hahaha


3 Pantai Tindakon Dazang



Tindakon Dazang nie sememang nya cantik... Masuk di sini kira nya ikut kepala.. mungkinlah RM2/orang. Kalau tidak berubah.. Dalam sini ada longhouse, ada restoran terapung.. boleh mendayung sampan..dan berkayak.. dan lain-lain.. Panorama nya pun indah..


4. Kudat Golf Dan Marina Resort


Kudat Marina Resort ini, dia teretak di tepi laut...di sini lah resort, swiming pool, golf.. di sini lah... kalau petang-petang bersantai kat sini, boleh tenang fikiran. tapi saya jarang la pergi sini, kalau tiada function, saya tidak pergi.


5. Pantai Kelambu



Kalau family semua berkumpul-kumpul di kampung, pantai Kulambu ni pun salah satu tempat kami berkelah dan sambut family day.. Sebab pantainya yang cantik dan banyak aktiviti boleh di lakukan di sini..


Sebenarnya lah, Pantai Kelambu nie namanya Pantai Kulambu, tapi disebabkan Kelambu tu selalu menjadi sebutan, jadilah namanya pantai Kulambu. Tempat nie kurang di kenali sebenarnya lah, tapi kalau orang-orang Kudat saja, semua sudah pernah pergi sini.
Pasirnya di sini putih sangat... lepastu, kalau airnya surut, kita boleh pilih mau mandi kat pantai sebelah mana sebab dia ada tombolo dan pantai nya terbelah dua..hahah..
lepas tu dia ada pulau kecil dan airnya sangat biru dan jernih.


Tempat ni sesuai dijadikan tempat photoshoot, snokerling, ski, dan lain-lain.. paling penting, tempat nie best untuk bawa family mandi manda...
Tapi kalau mau jadi lebih ekstreme, jadilah macam ayah dan pakcik saya.. diorang round pulau kecil tu senyap-senyap.. tidak bawa kami pun.. hahaha...



6. Pantai Bak-Bak




Pantai Bak-Bak nie tempat wajib saya pergi masa saya sekolah rendah..sebab mau main kat taman permainannya saja...hahaha.. Di sini dulu saya suka cari tapak sulaiman, suka cari kerang dia..cantik-cantik... kalau petang-petang ada kelapangan, maksu bawa lah kami ke sini duduk-duduk di tembok, santai-santai sambil minum Aniss Coffee...


7. Ladang Madu Lebah Gombizou



Kampung Gombizou memang terkenal dengan industri penternakan lebah sejak lebih daripada 10 tahun lalu. Kelebihan tempat ini ialah anda boleh membeli madu lebah asli dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga berpeluang untuk melihat bagaimana madu lebah diambil tanpa disengat oleh lebah. Walaubagaimanapun, anda mesti mematuhi segala peraturan dan nasihat yang dinyatakan oleh pemandu pelancong khas yang bertugas di sana bagi mengelakkan dari disengat lebah.



8. Kudat Riviera



Kudat Rivera nie tempat dia ala-ala Hawaii gitu..atau pun ala-ala Thai...yehahhh... pintu gerbang dia saja pun sudah nampak glemerrr... ada dua Patung kepala gajah besar..dan kalau masuk serta menginap di sana pun memakan belanja yang besar...haha
Tempat penginapan menarik ini ini adalah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau. Kawasan resort di sini sangat indah ditumbuhi dengan pepohon menghijau yg dilengkapi dengan kolam renang, spa, aktiviti sukan air, pusat permainan kanak-kanak, aktiviti menyelam dan banyak lagi.
Kalau kamu alan ke pantai Kulambu, sebelum pantai Kulambu itu, kamu akan lalu dan nampak pintu gerbang nya di sebelah kiri dulu,






9. Pantai Bangau .




Ok, Kat pantai Bangau nie pun macam-macam aktiviti yang kita boleh buat.. contohnya saya dan keluarga, Kami selalu ke sini, mandi dekat pantai, kadang-kadang kami pergi ke pantai sebelah di balik bukit yang tinngi.. Hiking uolss.. masa saya hiking hari tu, belum separuh jalan saya rasa mau pengsan sudah.. hahah... jalan ada tersedia, tapi saya jak yang tidak tahan hati mau penat.. hahaha... dan di snilah tempat saya jadi HITAM.. tengah panas terik, bermain, bermain pula pasir...ambil kau.. boleh bezah warna kulit yang tertutup oleh hand shock ngan warna tangan ..hahah...

Tempat nie cantik mau photoshoot, saya pun suka bergambar kat sini.. perasan jadi model.. hahaha.. model dalam fon sendiri saja..

sebenarnya, ada lagi yang saya mau masukkan dalam list nie, cuma saya rasa, saya akan sambung part kedua nanti.. bah.. apa lagi.. jom kita melancong..hahaha
Assalamualaikum.

Credit: GoogleMaps

You May Also Like

4 commest[s]

  1. Cantiknyaaa.... Cikyan Suka... !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. saya kalau terpigi kat tempat2 ni... rasa tidak mau balik..

      Delete
  2. pernah singgah di satu pasar di Kudat on the way ke tip of borneo. betul ke boleh nampak filipin dari situ ? kami pi dulu x sanggup nak duduk bawah matahari lama2 jadi x pasti betol nampak filipin ke tidak..

    ReplyDelete